Hari nie banyak persoalan yang aku dapat dari rakan2 samada dalam FB, sms, dan emel....x kurang juga 2 org call tanya soalan yang sama
antara soalannyer?
" matnor,Alhamdulillah, ko nak wat cukur anak ker?? weh bidaah tue tau?"
" Bro, amalan bidaah tue...cukur rambut tue dalam islam xder bro...tue adat melayu kita jer? ko xyah buat la..."
hmm...terima kasih yang x terhingga pada kawan2 yg memberikan persoalan ini...n aku mencari jawapan...alhamdulillah antara jawapan ustaz fatah dan ustaz salman daripada JAWi menyatakan berikut
" matnor, xder masalah nak buat,cuma wat tue x perlulah besar2an dan yang penting niat..."
aku merujuk pada artikel bawah :
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.
Aku cuma berniat nak cukur n dan sedikit jamuan utk santapan para hadirin...
skip to main |
skip to sidebar
Wednesday, December 23, 2009
My Blog List
Siapa Aku?
- redha_de_hearty
- Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
- Dari pandangan Dia, aku hanya hamba, hanya pesuruh, hanya penzahir, hanya ayat-ayat, hanya cahaya, hanya bayangan kewujudanNYA, aku sendirian tiada apa-apa, tiada faedah, tiada guna kerana wujudku kosong, hanya aku berfaedah dan berguna kerana DIA ada, ada DIA ada aku, aku jika tiada, DIA tetap ada juga, apalah aku, tiada apa-apa, wujud hakiki itu hanya DIA, wujudku hanya bayangan, penzahiran, tanda-tanda wujudNYA, keagungan, keindahan dan kebesaranNYA juga, kita hanya ada kerana diadakan, wujudkan kerana diwujudkan, kita wujud atas limpahan wujudNYA jua, itu lah aku.
Lencana Facebook
Lencana Facebook
Doaku UntukMu Ya Allah
“ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Ya Allah, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Ya Rahman, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Rahim, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu. ".




0 comments:
Post a Comment